Wednesday, September 29, 2010

Setiap Negeri mempunyai syarat-syarat sendiri untuk pendaftaran kahwin di Thailand atau dimana-mana negara luar.
Sebagai contoh, berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu diserahkan sebagai sokongan kepada permohonan pendaftaran perkahwinan di Selangor, bagi perkahwinan yang berlangsung diluar Malaysia.
  • Surat kebenaran berkahwin/berpoligami (jika ada)
  • Kad pengenalan
  • Pasport
  • Surat Nikah
  • Terjemaham Surat Nikah (jika yang asal bukan dalam BM)
  • Daftar Pemeriksaan Nikah (Bagi yang nikah di Indonesia)
  • Surat/Dokumen Pengesahan Nikah dari Konsul Malaysia di negara berlakunya pernikahan
  • Surat nikah suami dengan isteri yang terdahulu (jika berkenaan)
  • Surat nikah isteri dengan suami yang terdahulu (jika berkenaan)
  • Surat/dokumen kematian suami/isteri yang terdahulu (jika berkenaan)
  • Surat/dokumen kematian bapa kandung isteri (jika berkenaan)
  • Surat/dokumen perceraian dengan bekas suami/isteri yang terdahulu (jika berkenaan)
  • Surat/dokumen nikah ibu/bapa isteri (jika isteri anak sulong/wali adalah abang lelaki sulong)
  • Surat/dokumen wakalah wali (sekiranya akad nikah dijalankan oleh wakil wali)
  • Bahan sokongan yang lain, jika ada (contoh: gambar, pita rakaman akad nikah, dll)
  • Surat/dokumen kelahiran anak-anak (sekiranya pasangan berpoligami)
  • Hasil ujian HIV oleh klinik kerajaan, yang asal dan salinan (bagi pasangan)
  • Sijil kursus pra-perkahwinan oleh kerajaan

No comments:

Post a Comment