Wednesday, September 29, 2010



Panduan Nikah Siam - Kahwin di Thailand

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk kahwin di Thailand:
  1. Pasport yang sah.
    Pasport akan diperlukan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Selain itu, tanda masuk dan keluar dari Thailand dalam pasport boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan, jika disoal oleh hakim mahkamah syariah nanti (untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia).
  2. Kad pengenalan
    Kad pengenalan akan diperlukan oleh jurunikah dan Konsulat Malaysia.
  3. Surat cerai
    Jika berkenaan
  4. Sijil mati
    Bagi balu yang ingin kahwin semula
  5. Surat izin wali
    Jika ada
Dinasihatkan membawa videocam untuk merakamkan akad nikah, untuk lebih meyakinkan hakim di mahkamah syariah nanti.
Jangan lupa membawa salinan pakaian dan sebagainya untuk pernikahan anda.

Pengiraan Kos

Untuk menilai kos sebenar nikah di Siam melalui pakej-pakej yang berlainan, dapatkan maklumat samada kos pakej termasuk semua yang berikut. Jika tidak, dapatkan kos tambahan yang diperlukan untuk mendapat semua yang berikut:
  1. Kos perjalanan pergi-balik dari Malaysia ke Siam
  2. Kos nikah, bayaran kepada jurunikah, saksi dan mendapatkan surat nikah
  3. Kos untuk mendapatkan surat dari Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan
  4. Adakah surat dari Majlis Agama berkenaan didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
  5. Adakah surat dari Konsulat Malaysia didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
Surat dari Konsulat adalah penting bagi pendaftaran nikah di Malaysia. Surat ini adalah pengesahan sebuah jabatan dalam Kerajaan Malaysia bahawa nikah di Thailand itu adalah sah. Tanpa surat dari Konsulat, ada kemungkinan hakim mahkamah Syariah akan meminta bukti-bukti lain, termasuk meminta saksi-saksi nikah hadir dalam mahkamah.

No comments:

Post a Comment